Join Me

Monday, February 27, 2012

anda diterima


KERJA, KERJA, KERJA lepas belajar kena kerja. tapi sebelum kerja kena jalani sesi temu duga dulu. 

untuk pengetahuan semua, ans dan rakan-rakan dari UPSI telah mula ditemu duga mulai awal Februari 2012 secara berperingkat. ans pula telah ditemu duga Jumaat baru ni (24Februari2012) bertempat di kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. seawal 7.05pagi ans dah sampai depan kompleks. ans keluar dari perkarangan kompleks dalam tengah hari. lama kan... 

sepanjang sesi temu duga, semuanya telah berjalan dengan lancar. soalan yang disoal tak adalah yang pelik-pelik. semuanya dapat dijawab. soalan yang disoal ialah
  1. perkenalkan diri bermula dengan nombor kad pengenalan, seterusnya berkenaan dengan keluarga, akademik dan ko-kurikulum
  2. berdasarkan kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terangkan apakah yang difahami. (merujuk kepada JERIS: jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial)
  3. berikan contonh set induksi dalam apa-apa tajuk dalam Matematik yang boleh menarik minat pelajar
  4. mengapa pentingnya mata pelajaran Sejarah
bagi setiap kumpulan, soalan yang disoal ialah berbeza. ini adalah soalan yang ans dan ahli kumpulan dapat. ada kawan-kawan ans yang lain dapat soalan lain. 

kepada rakan-rakan, semoga berjaya diterima untuk bekerja :-)

Saturday, February 25, 2012

bAdAn cErgAs OtAk cErdAs


bersenam akan menjadikan kita lebih sihat. sebab tulah kerajaan adakan 1PELAJAR 1SUKAN. banyak aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. dan memang dari dulu lagi setiap sekolah mesti jalankan aktiviti MERENTAS DESA dan kalau yang kat bandar ni manalah desa yang nak direntas... RENTAS BANDAR je lah...

18 Februari 2012 yang lalu, SMK TAMAN SETIAWANGSA KL telah mengadakan LARIAN CABARAN 5KM. ans telah ditugaskan bersama-sama dengan pasukan BULAN SABIT MERAH bersedia sekiranya ada sebarang kecederaan. 

acaranya dimulakan dengan acara senam aerobik di pagi hari. semua guru dan pelajar diminta untuk menggerakkan badan. ahaha... dan pada tulah jugak ans tela dikenakan oleh beberapa orang guru. hahaha... 

sebemu pelajar sempat menamatkan acara senam aerobik, ans bersama 4 orang pelajar PBSM telah memanjat Bukit Setiawangsa untuk bersedia menjaga. tapi malangnya, baru setenga jalan hujan dah turun. aduh. akhirnya ans telah mengambil keputusan untuk kembali ke sekola untuk mengambil kereta...acara pun terpaksa ditangguhkan zebab hujan turun agak lebatlah jugak. 

sepanjang larian ans perhatikan pelajar dapat berlari dengan tenang mungkin sebab cuaca tak panas. seronok je kalao berlari. cuma ada seorang je pelajar yang alami masalah. 

ans nak bagitau jugak, rumah sukan yang berjaya leading ialah ruma sukan JUARA(UNGU).. hehehe.. sanagt seronok guru pembimbing rumah Juara termasukla ans... hehehe... tersenyum-senyum gembira... cuma kena cover tak boleh melompat.. hehehe

JUARA MEMANG JUARA!
HOOORAY!!!!!


Friday, February 24, 2012

sambutan maulidur rasul


hye semua... ans da lama tak menconteng blog ans niey dengan perkara yang baru. semenjak ans kembali terlibat di alam persekolahan ni ans semakin rasa kekurangan mood untuk menceritakan perkara baru. mungkin sebab penat dengan kerja-kerja yang ada. 

ans nak cerita sikit aktiviti yang dah diadakan di sekolah beberapa minggu lalu.iaitu pada 11 Januari 2012(Sabtu), kami telah adakan majlis Sambutan Maulidur Rasul. macam biasa, bila sebut tentang Maulidur Rasul orang selalu akan buat perarakan. macam tu juga apa yang kami lakukan. pagi-pagi pelajarr SMK TAMAN SETIAWANGSA dah berarak di sekitar kawasan perumahan Bukit Setiawangsa. perarakan tak ambil masa lama pun. 1 round da selesai. habis perarakan ada acara yang ringkas iaitu majlis penyampaian hadiah dan persembahan. walaupun sederhana, tapi kerjasama dari para pelajar amat dihargai. macam tu juga dengan guru-guru. 

Tuesday, January 31, 2012

orang baru

ahli keluarga kami telah bertambah... beberapa hari yang lepas maksu ans bersalin. dapat baby boy :-) ahad kami datang melawat. baby baru... hehe comel... matanya kecik je... bibir dier pun.. namanya MOHD FAYADH (kalau ans tak sala eja la). macam mana lah dia nanti kan :-)

Sunday, January 15, 2012

selamat pagi cikgu..


panggilan untuk ke sekolah kini kembali... tapi kenapa secara mengejut? ans sempat call auntie lia tanya sebab auntie lia bekerja dengan KPM... "kakak, auntie tak tahu pown pasal interim niey... kenapa dia guna telefon? tak ada surat? legal ke tak niey kakak? takpe... kakak bagi auntie masa auntie masuk ofis than I'll get back to U ok..." erm... auntie... kakak taknak g jauh... t dengan jalan sesak lagi... aduh... tapi sampai hari ni ans tak bagitau auntie lagi yang nama ans tersenarai dan ans kena pergi taklimat esok. taknak susahkan auntie... banyak benda yang auntie kena fikir...

pagi2 khamis baru niey bila ans masuk je ofis tepat jam 9pagi ans terus tekan phone ans untuk tanya. ikutkan hati banyak lagi benda nak tanya tapi memandangkan lain-lain boleh tanya kemudian so ans batalkan niat. yang penting ans tanya tentang tempat teklimat, alamat, tangga gaji(niey yang paling penting tau)

berdebar hati ni. kepala asyik fikr mana ans akan diletakkan. sekolah pagi ke petang? hari jumaat ans dah hantar surat perletakan jawatan tapi sebelum tu ans jumpa bos dulu buat luahan perasaan sebab terpaksa berhenti secara mendadak. nasib baik ans dapat bos yang memahami. dorang masi alu-alukan ans bekerja kalau ans nak. ans masih boleh buat part-time. seronokkan :-) terima kasih Pn dan En

Monday, January 9, 2012

ermmm...

dari bangun pagi ans tak sedap hati. kerja, SPP, MARA... aduhhh.. so sambil menonton tvr ans ambil keputusan untuk menconteng blog ans niey untuk kali ke-2 pada tahun 2012.

ans dan kawan-kawan ans semua ternanti-nanti bila panggilan temuduga kitorang dengan SPP. ans juga percaya kawan-kawan ans tengah bertungkus lumus untuk belaar dan buka buku balik. hahaha.. minggu lepas ans selongkar kotak buku ans dan keluarkan apa yang patut. huhu

bestnyer kawan-kawan, dorang akan share apa maklumat yang dorang tau dalam facebook. ans masih terasa macam masa zaman belajar dulu. huhu. selamat belajar kembali rakan-rakanku :-) yang pasti dalam hati kitorang tak sabar
antara rakan seperjuangan ans

Tuesday, January 3, 2012

2012

2012 dah tiba

pada ans, bila sampai masa 12tengah malam 31Disember 2012, hmm dah tahun baru ke... masa ada yang tengah seronok tengok bunga api dan bersuka ria, ans dah selamat dialun mimpi. serius.

sangat sekejap masa berlalu. hari-hari yang berlalu macam angin yang berlalu. kehidupan masih diteuskan. hari-hari masih perlu dilalui dengan cabaran dan dugaan yang sentiasa hadir.

sepanjang Disember2011, ramai kawan-kawan yang telah melangkah kepada satu kehidupan yang baru. daripada sorang-sorang sekarang dah berdua. dulu semua dalam alam universiti, sekarang dah berada di alam pekerjaan. ini semua PERUBAHAN

usia semua orang akan meningkat. aduh... niey bermakna akan semakin dewasa. tanggungjawab semakin banyak.

kawan-kawan dan pembaca semua,
SELAMAT TAHUN BARU
TINGKATKAN PRESTASI HIDUP UNTUK TAHUN INI

ans tak tahu kenapa ans nak pakai gambar ni... :-P