Join Me

Sunday, December 26, 2010

cerianya di hari bahagia


tadi, ada majlis perkahwinan. ans sangat teruja... ans memang. sekarang ni bila nak pergi majlis perkahwinan je ans excited. bukan excited ap. excited sebab nak tengok pelamin. hik2...tema majlis kali ni ialah pink n grey. part pink tu ans suka sebenarnya... :-) kalao boleh semua benda ans nak capture sebab ans suka majlis tu. erm.. apa lagi nak cakap yer... hah niey majlis perkahwinan sepupu mama ans tau. ramai orang Melaka datang. jumpa ramai saudara mara. erm..

tadi, ada nenek tu tanya ans "kau dah kawen?" dush mestilah belum. naseb baek mama back up. "dier belajar lagi makcik..." (ans cuma senyum je... kurangkan gula alam makanan, banyakkan senyuman :-) hehe) nenek tu cakap lagi "kau sekarang ni nak cari laki, carilah yang bertanggungjawab..." dah orang yang keberapa yang cakap kat ans cari yang bertanggungjawab... ting3... hehe

ok semua, sampai sini dulu yer... kita jumpa lagi dikemudian hari... :-)

buat pasangan pengantin 
'AIN ADAWIAH & KHAIRUL ANWAR
semoga perkahwinan kalian bahagia dan kekal buat selama-lamanya

Thursday, December 23, 2010

PANAS punya soalan

Again… thanx Amy coz tag ans. ans baru terperasan tadi. Walaupun salah eja nama ans tapi ans halalkan lah… haha

1. ape bende penting dalam hidup korang?
jwpn: paling penting? HATI. Walau secantik manapun orang tu tapi kalau hati 'kong' nak wat apa

2. bende terakhir yg korang beli guna duit korang?
jwpn: duit sendiri yang dapat dari titik peluh sendiri tak adalah. Tapi kalau pakai duit PTPTN atau duit papa bagi adalah. Ermm last ans shopping dalam bulan lepas. Ans beli dress J

3. dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang dan ape temanya??
jwpn: aik??? Kawen pown belom. Sepatutnya soalan ni tanya “dimanakah korang bakal melangsungkan majlis perkahwinan korang”. Erm... ans pown tak tahu kat mana ans akan langsungkan majlis perkahwinan ans. mungkin KL atau Melaka. Tema? R.A.H.S.I.A

4. adakah korang tengah bercinta sekarang..?
jwpn: ans pown tak tahu apa status ans. ans tak faham dengan BZA(taknak pakai DSB sebab nama U kan BZA) tu. dia cakap “attitude tu penting” erm… sekarang ni ans 50-50 dengan status sendiri. BZA, what say U???

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
jwpn: kekasih? Mean hanya kekasih atau suami? Selagi diizinkan, ans harapkan segalanya kekal selamanya… J

6. dimanakah korang selalu jumpa dgn kekasih korg??
jwpn: selalu kitorang ke mall… ritu nak g picnic tapi dah cancel :-P sape yang wat ans batalkan entah

7. novel/buku/majalah yang terakhir dibeli??
jwpn: novel terakhir yang ans beli tajuk CINTA JANGAN SEMBUNYI dengan ILHAM HATI. Buku terakhir ans beli buku reference untuk semester lepas. Majalah tak ada…

8. name penuh korang??
jwpn: oit… sampai tanya nama penuh niey? IC taknak? Hehe… ANIS SHAFEERAH BINTI JASMANI. Kawa-kawan biasa panggil anis tapi ada kawan-kawan sekolah panggil syurah, family panggil kakak atau firah, yang istimewa panggil??? Adalah… ejaan nama yang ans selalu gunakan iaitu a.n.s datang dari si dia yang dulu. Ans dah terbiasa dengan ejaan nama macam tu.

9. antara mak ngan ayah.. mane lebih rapat..?
jwpn: taknak jawab untuk sekarang

10. namakan orang yg betul korg nk jumpa dalam hidup korg?
jwpn: entahlah. Belum lagi ada yang ans idam-idamkan GILER nak jumpa

11. adekah korang basuh baju korg sendiri?
jwpn: kalau kat tg.malim memang ans basuh sendiri. Guna tangan lagi tau tak mainlah pakai mesin basuh. Tapi kalau balik rumah…mesin basuhlah yang buatkan kecuali sesetengah baju yang kena basuh tangan ans basuh sendiri takpun mama basuhkan… hik3…

12. dimanakah tempat betul2 korang nk pegi??
jwpn: paris…

13. pilih satu.. peluk or cium??
jwpn: urmmm….. urmmm….. BZA… T_T

14. beritahu 3 bnde ttg org yg beri tag?
jwpn:
1. kawan ans(selalu dengar prob ans, rumet masa sem 2 kat UPSI, kitorang close)
2. perempuan (kaki shopping jugak macam ans :-P)
3. lagi tinggi dari ans

15. lima bnde yang paling disayangi dalam hidup?
jwpn:
1. laptop
2. koleksi perfume! (yang paling ans sayang ialah dior addict 2. Ans ada cuba usha2 kat sini mana nak dapat perfume tu tapi tak jumpa… papa belikan ans masa papa g London last few years…sekarang sayang jugak miracle… sayang nak pakai :-P poyo kan)
3. sunglass
4. koleksi handbag!
5. koleksi kasut tinggi!

16. lagu yang korang paling suka n selalu dengar..
jwpn: ans layan je semua lagu. Ikut mood. Lagu rock ke, lagu slow ke, lagu baru ke, lagu lama ke…

17. bila tarik lahir n kat mne korg sambut thn lepas..
jwpn: 26 Jun… last year??? THE LEGEND (bawa syasya n raudah swimming…jalan kat THE MALL…papa g gym kalau tak silap…)
Ada kejutan masa tu sebab tiba2 mak rina n family dengan pakruz datang… hik3...

18. 5 rakan blogger yg korg nk tag??
jwpn: niey soalan paling susah…
1. Atiqah
2. Hajar Laily
3. Raslah
4. Fadliana
5. Wanie
(yang lain pown sila2 jawab…)

jawap hanya untuk suka-suka. tak ada kerja kan di hari cuti macam ni :-) 

Tuesday, December 21, 2010

jom jalan

 BUKIT MERAH
16 DEC - 18 DEC 2010

kali ke-2 ans ke Bukit Merah. tapi kali ni holiday ke? hmm.. pertama kali bercuti tanpa mama dan Izzani bersama. what to do... semuanya dah lain... sebenarnya kitorang ikut papa g meeting. hari-hari ans banyak dihabiskan dengan syasya dan raudah. menguruskan dorang...

bila papa g meeting so ans, syasya dan raudah memanjangkan langkah meneroka kawasan. semua kedai pun kitorang masuk. dorang ni dahlah rambang mata. "kakak, syasya nak ni boleh tak?". "kak, rodah nak beli __". kalau ans tak bagi "alaaa kakak ni" lepas tu monyok. part monyok yang ans paling tak gemar. hmm budak-budaklah katakan. aktiviti kegemaran dorang ialah main air macam selalulahkan. bayangkan, waterpark buka pukul 10a.m, pukul 9a.m dah terpacak kat sana. adoi... ans layan je dorang. 1jam yang ada sebelum dorang terjun dalam kolam sempat lagi tu bawa dorang main-main. syasya dah addicted main kereta raudah pulak main ketuk-ketuk hihi... layan je lahkan

baru ans tau macam mana mama jaga syasya dengan raudah. pening-pening... bila part dorang gaduh... memang tak boleh tahan. lagi-lagi raudah yang sangat garang. syasya banyak mengalah. bila part nak mandi pun kadang nak gaduh. semua benda kena ingatkan "b...jangan lupa gosok gigi..." :-P. sebenarnya nak jaga raudah lagi susah daripada jaga syasya. syasya lebih banyak berdikari. so dengan syasya memang ans tak ada masalah.

tapi secara keseluruhannya ans seronok dapat habiskan masa dengan dorang. melayan kerenah dorang. dari jelajah waterpark, pulau orang utan dan ecopark. yang tak boleh lupa bila kitorang berlari balik hotel dari ecopark bila hujan turun dengan lebat. raudah seboleh-boleh taknak lalu tempat orang ramai bila kitorang jumpa kawasan berbumbung sebab kitorang basah kuyup kena hujan. dier cakap "alaa kakak...taknaklah lalu sane...malulah orang ramai" ans jawab "tak apelah B...memang hujan kan... tengok orang tu pown basah jugak" 

Saturday, December 11, 2010

CINTA JANGAN SEMBUNYI


novel ni ans dah beli berbulan yang lalu tapi baru habis baca pukul 1.15pagi tadi. ans mula baca novel ni beberapa hari yang lepas. al-maklumlah tak ada kerja kan sepanjang mula cuti ni so mengadaplah novel yang ada. ans beli novel ni masa dengan Amy dulu. saja menggatal nak menghabiskan duit yang ada konon nak menanam sikap suka membaca semula masa cuti-cuti ni. kalau tak...mau pengsan ans duduk rumah tak ada aktiviti. pertama kali mama nampak ans pegang novel ni, lepas tu mama baca tajuk mama ketawa dan cakap "kakak, apalah awak ni... cinta mana ada sembunyi, cinta selalunya orang express kat orang tu..." huk2.. tak mama.. tak!!! tak semudah tu nak express cinta kita T_T

ok2. sebenarnya ans nak cakap pasal novel ni. jalan ceritanya best lah jugak. tapi ada part-part yang ans rasa bosan. dalam jalan cerita ni ada dikaitkan unsur persahabatan yang seharusnya kita jaga. pada ans sendiri, sahabatlah yang harus kita jaga. cinta kita boleh cari.

tapi ans tak suka watak Idzham yang pada ans seorang lelaki yang takut kehilangan cintanya hingga tak sanggup untuk menerima apa yang akan jadi. Idzham sampai percaya fitnah yang ditaburkan kepada Nazuh yang pada masa tu bakal menjadi isterinya. huk2... ans rasa sangat geram dengan Idzham yang taknak pujuk Nazuha masa Nazuha terasa sangat kecewa dengan sikap dia. ish3. pada ans, Idzham sepatutnya kena berusaha untuk terangkan pada Nazuha perkara yang sebenarnya dan bukan hanya terima semua yang jadi macam tu aje. at least, cubalah pujuk Nazuha. jangan biarkan dia pergi. DSB mcm ad je ciri-ciri Idzham tu

lagi satu, jalan ceritanya pusing-pusing orang yang sama je yang menyakitkan hati Nazuha. hidup dia asyik-asyik diganggu Nazira. adoi... tapi pada masa yang sama ada juga rasa kesian ans pada Nazira tu.watak Nazira niey memanglah sangat menggeramkan. waktu susah kawan sentiasa di sisi tapi bila senang ditinggalkan kawan. memang jenis kawan hanya bila susah r dia niey. but at the end Nazira mula sedar dengan kesilapan dia. 

saat paling sedih dalam novel ni pada ans bila Nazuha pergi tinggalkan Malaysia dan Idzham hanya terima pemergian Nazuha tanpa memujuk Nazuha. huk3. masa ni ans sangat geram dengan Idzham. 

erm.. ok sampai sini aja. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal cerita ni korang lebih baik baca sendiri. sebab ans percaya korang ada pandangan tersendiri terhadap novel ni. 

Monday, December 6, 2010

beraksi di proton city

kalau sebelum niey di Taman Tasik Perdana dan kali ni cubaan kedua ialah di proton city. sebenarnya kitorang bukan nak ke proton city. tujuan utama nak ke Empangan Sg Selangor. tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan dan suasana kat sana tak menarik hati cameraman, so kitorang ke Proton City Tg. Malim. sampai-sampai dah petang tapi perjalanan photo shoot tetap dijalankan. tak banyak yang dapat shoot sebab hari semakin gelap. perjalaan mengelilingi tasik proton pun hanya suku perjalanan. mungkin kalau datang awal sempat buat satu pusingan tasik dan banyak kot dapat snap... :-)

gambar-gambar lain? korang tengok kat facebook ans yer...

thanx a lot to IK coz sudi bawa ans untuk snap2 kali ke-2... :-)

Sunday, December 5, 2010

kavitha!!! 23 tahun (advance)


4 DISEMBER 2010
Tg. Malim

sepatutnya disambut pada 9Disember tapi kitorang awalkan sebab kitorang dah nak bercuti dan berpisah... huhu... ianya ialah hari lahir cikgu bahasa melayu kitorang haha R.V KAVITHA! 23 tahun yer. ans tetap lagi muda... :-P

sebelum mulakan majlis kesian Kavi sebenarnya. ans bawa dier kehulu dan kehilir sebab nak lengahkan masa. perancangan kitorang sebenarnya ans, nana dan unni ke pekan cari barang-barang sekali ans ni yang baik hati meringankan mulut pula tanya Kavi "kavi! betul ke taknak ikut kitorang pegi pekan jap lagi?" Kavi reply balik "ans pown pegi ke???" ans jawab "haah lah..." unni muka masa tu dah semacam... ans nampak juga Kavitha mula berfikir-fikir. haha.. actually saja berbahasa sebab nanti tak adalah dier terkejut duk rumah sorang-sorang. dalam 2jam lepas tu unni masuk bilik ans dan cakap "korang, dier nak ikut... niey kaulah niey tanya dier..." nana ketawa je... hahahaha... adoi... rupanya ans salah soalan. tapi tak mengapa, nak ikut, ikutlah.. kita buat plan lainkan... :-) akhirnya kitorang ke pekan sama-sama, lepas tu nana dan unni melarikan diri untuk cari barang-barang semua dan kitorang akan berjumpa kat Pizza Hut. ans sementara tu penat menjawab soalan Kavutha mana nana dan unni. alasan ans bagi "dorang g cari beg kat sana... kiter jalanlah kat sini cari skirt Kavi..." kejap lagi "dorang tengah cari barang lagi, jom teman ans cari tudung... ans nak beli plastik yang tadi jugaklah kalau tak jumpa yang lagi besar..."toink2...

sampai je tempat dijanjikan semua orang pun buat bodoh sampailah terasa lapar sebab pizza tak sampai-sampai kitorang keluarkan kek... hahahaha.. mestilah Kavi tak sangka sebab birthday dier lambat lagi :-)

ok ans tak nak cakap banyak-banyak, Isnin kitorang semua nak meninggalkan Tg.Malim. jadi di hari-hari terakhir ni agak bz dengan persiapan meninggalkan rumah. haha... banyak SANGAT barang!!! paperlah.. dah memang adat suka mengumpul barang :-)

buat R.V KAVITHA :
#happy birthday!
#ans tetap muda dari Kavi!!!
#tengok cawan ingat kitorang :-)
#love U...

Saturday, December 4, 2010

EXAM??? habis dah!!!


maka dengan ini, tamatlah sudah ans jalani semua peperiksaan untuk semester ini. bila tamat peperiksaan maknanya tamatlah semester ini... huhu.. next semester bekerja pulak. mulalah tugas mengajar. adoi... lagi besar cabarannya niey. 

apa agaknya rasa bila berakhirnya peperiksaan terakhir hari tu? korang tau? ans rasa macam habis jawab kertas SPM! huhu.. betapa dasyatnya perasaan tu... lega sangat. no more assignment, no more midterm... lepas ni semua tugasan dah jadi laen. tugasan kepada sekolah, pelajar... 

ans dapat praktikum kat SMK SUNGKAI. huhu. jauh tu. apa ada kat Sungkai? T_T sangat MENYEDIHKAN. mana nak SHOPPING? hua!!!! MERANAlah diriku kelak... tapi tak apa... 4 bulan je... yang penting tugasan kena settlekan... excited pun ada niey nak kena mengajar... huhu... apalah ragam pelajar-pelajar kat sane...

ok ENOUGH! tenangkan fikiran.... jom kiter rileks2... bersenang lenang, bersuka ria dulu lepas tu kita kembali fikirkan soal tugasan, kerja dan sebagainya yer. soal CINTA pun kita fikirkan nanti yer. bagi tenang otak niey...

SEMESTER 7 SUDAH HABIS!!!!

Friday, December 3, 2010

bukan sengaja nak merajuk


ans berfikir kenapa lelaki taknak pujuk gf dier bila gf dier merajuk? ada orang cakap ‘tak gentleman’ langsung bila taknak pujuk gf. tapi pernah tak yang bf tu fikir kenapa dan apa punca gf dier suka merajuk? mesti korang fikir “alaaa mengada-ngada lah awek aku niey” tak pun “alaa tak payah pujuk nanti kalau dah kawen bila merajok baru aku pujuk” tak pun “aku mana reti nak pujuk perempuan”. ada kawan ans sorang niey pernah luahkan “susahlah ada gf niey sikit-sikit merajuk nak kena pujuk” ouch… seday giler gf kan… ish. dulu tak ada gf nak sangat ada gf macam orang lain. bila dah ada bising pulak. hmm…

sebenarnya gf merajuk sebab selalunya nak dapatkan perhatian bf dier. nak tahu sejauh mana bf dier prihatin pada dier.. umpamanya macam nak tengok sejauh mana bf dier saying dier… hmm.. yang lelaku mesti rasa meluatkan dengan statement tu. tapi nieylah hakikat. korang yang bf-bf niey semua sebenarnya tahukan… cuma korang malas nak layan kerenah gf korang je. hmm

korang seday tak kalau korang merajuk lepas tu bf korang buat bodoh macam tak  ada apa-apa yang jadi? lagi-lagi bila dia senyap membisu seribu bahasa macam korang tak ada perasaan? apa korang buat kalau korang merajuk lepas tu bf korang langsung tak pernah nak pujuk? korang akan lebih kerap merajuk atau semakin mengeraskan hati korang memendam rasa? hmm sedaynyer lagi-lagi kalau dah merajuk ‘berjuta’ kali sekali pun tak pernah kena pujuk… adoiii…kalao menangis mau banjir kl…

ans selalu fikir kenapa bf taknak pujuk gf dier? sedangkan dier sepatutnyer faham yang gf dier nak dipujuk. kadang benda simple pown dorang merajuk… sebab apa? hello! tak nampak ke??? adoyai… benda niey ada lah jugak ans bincang dengan kawan-kawan perempuan ans. kitorang pun tak tahu kenapa tak mendapat perhatian. hmm… mama cakap, jangan buat lelaki selalu kena pujuk kita sebab dorang memang tak suka (mungkin dorang ego). benda niey umpama jangan terlalu mengada-ngada. tapi bukan nak terlalu mengada-ngada jumpa nak perhatian, manja… hmm… ada satu kes, masa kawan ans, gf dier merajuk sebab apa ans tak ingat lepas tug f dier pergi dan mengharapkan bf dier pujuk. actually, pada masa tu ans rasa benda tu salahnya dating dari kawan ans sendiri bukan gf dier tapi dier boleh tak pujuk… adoyai…

tapi ans tau bukan semua bf tak reti atau keras hati nak pujuk gf dier. ans juga tau dan percaya bukan semua gf akan tergedik-gedik nak merajuk lepas tu nak selalu dipujuk…dalam hal niey ans pun percaya kena ada tolak ansur antara dua-dua belah pihak. yang lelaki janganlah kedekut sangat untuk memujuk dan yang perempuan janganlah kerap merajuk sampai bf malas dah nak memujuk...

SELAMAT BERCINTA :-)