Join Me

Saturday, March 26, 2011

dulu dan kini.... APA BEZANYA?

adakah semua remaja sekarang sama? atau remaja sekarang memang totally diff dengan yang dulu. ok masa mula ans tengok memang agak janggal. tapi tak dapat dinafikan dorang tak hormat orang yang lebih dewasa. nukan ans sorang yang cakap macam tu tapi kawan ans pun perasan, cikgu lain pun tahu masalah niey. ans bagi satu situasi masa ans tengah nak mengajar moral. tiba-tiba ada student melayu masuk dari pintu belakang n ambil barang kat meja dia tanpa tegur ans yang berdiri dekat depan kelas tengah bercakap dengan tentang pengajaran. ans sound budak laki tu "awak tak nampak ke buat-buat tak nampak saya kat depan niey? main masuk je kelas saya?" apa respon dier? "alaa cikgu kejap je.." tiba-tiba naik angin ans satu badan suka hati cakap acam tu kat orang. ans balas "awak tak ada adab ke? apa awak belajar dalm pendidikan islam?" even ans yang islam tapi ans tak kisah cakap macam tu depan students bukan islam. apa dia belajar dalam akhlak agaknya? macam tu ke? 

ok tak apa. kita cakap pasal lain yer. ans sangat geram dengan sorang budak yang berada di tingkatan yang paling tua kat sekolah tu. bila ans kira umur dia sama dengan adik ans Izzani yang sekarang kat UIA ans tanya that girl "cikgu mana yang duty hari niey awak tau?" dia jawab "entah tak tau" lepas tu buat muka. siap menjeling lagi tu macam dia dah besar sangat kan. ans cakap "awak bawa yang lain masuk padang berlatih kat sana. dari dorang duduk kat sini tak ada nak buat apa" budak tu buat BODOH sambil pandang buat muka tak puas hati. HELLO! KAU INGAT KAU UPPER 6 KAU DAH CUKUP BAGUS KE NAK BUAT MUKA MACAM TU KAT AKU! nak sound je minah tu ritu tapi tak nak malukan dia depan budak-budak kecik. apa masalah entah degan budak sekolah ni. memang hilang mood ans masa tu.

bukan semua student macam ni. ada juga yang ok maksud ans dorang hormat cikgu. tapi tulah ans terkejut bila ada yang dengan senang hati menolak arahan cikgu dengan cakap "alaa cikgu carilah orang lain buat.. saya taknaklah..." OMG! budak tu xakap macam tu dekat sorang cikgu ni. ans tergamam bila nampak dia cakap macam tu. ans pandang je budak tu. apa tandanya tu? TAK HORMAT CIKGU! kalau dorang taknak hormat cikgu praktikum tu satu hal. tapi ni cikgu dorang yang tetap mengajar pun dorang berani buat macam tu

mana punca jadi macam ni? nak cakap dorang ni budak kampung sebab tu perangai macam hampeh? actually tak adalah ulu sangat kawasan ni. tapi kenapa masalah ni wujud? didikan parents yang tak betul ke? tapi mesti depan parents dorang buat baikkan? cikgu boleh jadi kawan tapi masih berbatas. cikgu takpandai didik? bukan ada sorang atau dua orang dalam satu kelas. tapi ada 18-28 orang. ramai tu...nak harapkan cikgu kaunseling bagi nasihat kat semua pelajar? dorang nak dengar? pihak sekolah kenakan tindakan? apa students takut? 

belum masuk problem bila budak cuba ganggu cikgu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. sangat tak selesa bila nak mengajar terpaksa mengadap students yang cuba untuk ala-ala menggoda cikgu. HELLO GELI TAU. nak muntah. kalau nak berguraupun ada batasnya.

tadi ans bengang dengan beberapa orang student yang bahagia buat awan-awan mimpi kat belakang bila ans mengajar. ans suruh bangun taknak bangun. ans taknak marah-marah, paksa dorang bangun dari tidur. penat! tiap kali mausk kelas tidur tak sudah-sudah. bagi homework confirm lah tak buat. kerja bagi dalam kelas pun taknak buat. buku pun tak bawa. hari ni dah lah ans memang tak ada mood sebab sakit kepala bila bangun pagi. sangat tak larat tapi tetap gagahkan diri buat kerja. sebelum ans keluar kelas ans sempat sound dorang "awak kalau rasa lepas ni nak tidur je dalam kelas saya baik awak jangan masuk kelas saya. pergi pinteng terus janagan susahkan kerja saya. saya bagi amaran, kalau awak tidur lagi lepas ni saya tulis awak ponteng sebab sama je awak ada dalam kelas umpama tak ada. sama juga yang kat belakang tu yang bahagia berborak dari tadi. lain kali pergi ponteng!" masa tu suara berada diluar kawalan denga  kelas sebelah sangat bising menyebabkan ans terpaksa mengeluarkan suara yang kuat. huh. actually ans bukan nak doang ponteng kelas tapi nak dorang sedar yang apa dorang buat tu sia-sia je. masa ans cakap yang tidur terus berdiri tegak dan yang berborak terus jadi senyap. ans baru nak gembira tiap kali masuk kelas dorang tapi bila dorang ada yang buat ans macam tunggul ans jadi rimas. memang ada maklumat ans dapat dari cikgu-cikgu yang pernah ajar dorang kata yang dorang memang suka buat cikgu macam tak wujud. cikgu umpama cakap dengan dinding. tapi biarlah apa dorang nak buat dengan cikgu-cikgu lain. dengan ans ans taknak dorang macam tu. ans nampak dorang dah berubah sikit. dorang dah lebih baik dari mula-mula ans masuk kelas dorang dulu. ans faham dorang perlukan masa. ttadi yang bagi perhatian masa ans mengajar adalah 9orang, 2tidur, 5bahagia mesyuarat. ans sengaja tak bagi handsout kat kumpulan mesyuarat tu tadi. lepas tu bila ans bincang soalan dorang blur. padanlah muka. ans cakap elok-elok taknak dengar... ans BENGANG dengan cikgu yang ajar kelas sebelah bila tak reti nak kawal kelas biarkan budak-budak bising macam kat zoo. RIMAS!

ACTUALLY APA ANS NAK TEKANKAN IALAH TINGKAH LAKU REMAJA SEKARANG YANG TAK HORMAT DAN MEMANG BAHAGIA MELAWAN CAKAP ORANG LAIN...HMMM... APA NAK JADI...
ANS PERLU LAKUKAN SESUATU UNTUK PELAJAR ANS

7 comments:

Anonymous said...

I sallute cara u! x banyak cikgu yang macam u ni! dulu kat skola i ada gak cikgu2 jenis cam u ni..~! teruskan usaha u untuk membentuk murid2 ke arah yang lebih baik lagi~! im always support u from back~!

MII~!

3p4h said...

Nak mengajar manusia ni lg payah drp nk ajar kambing/lembu, kan? Chaiyok cikgu!

aRe-NieS said...

thanx MII :-)

abg huzaifah-tau xpe memng susah sebab manusia ada akal n fikiran... btw thanx a lot ya :-)

Anonymous said...

u kenal x MII sape..?? :)

aRe-NieS said...

kenallah... bam2...
MOHD IZZAT ISMAIL... weekkkk

Faez Lan said...

bgs ans..jadilah cikgu yg umpama permata dilautan..bkn batu karang yg hanye wujud byk dilautan tetapi wujud'y hnye sekadar wujud x memberi byk manfaat..n perubahan.
teruskn dgn ans punya matlamat..jgn putus asa...Allah pasti memberi petunjuk n keberkatan.

aRe-NieS said...

thanx U :-)