hari niey hari RABU bermakna aktiviti ko-kurikulum akan berjalan seperti biasa. erm... ans rasa seronok hari ni sebab students semua gembira. untuk aktiviti PANDU PUTERI, kitorang buat aktiviti memasak. memandangkan minggu lepas dah buat jahitan dan respon daripada pelajar adalah memberangsangkan. pelajar semua sangat suka dengan aktiviti yang dijalankan. erm... niey bukan jahit biasa-biasa tau minggu lepas. tapi buat jahitan macam sulam-sulam kat baju. sangat cantik... ans tengok hasil yang students dah buat tadi... bila dah siap... WAH!!! hehe... ans tak teringat nak ambil gambar hasil jahitan students tadi... kalau tak boleh korang tengok macam mana bentuknya... ermm sorry lah eak...
ok2... berbalik kepada cerita asal. hari ni aktiviti PANDU PUTERI ialah sebenarnya masak cucur. itu yang kitorag guru-guru dah decide minggu lepas. syarat yang diberikan ialah, guru hanya membawa tepung students akan bawa bahan-bahan lain. pada mulanya masa students mula masuk bilik masakan, ans nampak atas meja semua bawa pisang. so dalam kepala ans "lorr dorang semua nak buat cekodok pisang ke???" tapi, bila aktiviti dah bermula, ans mula nampak bahan lain... ada yang buat cekodok pisang, ada yang buat pisang goreng, ada yang buat ubi goreng, ada yang buat cucur ikan bilis, ada yang buat cucur tapi instant punyer, dan yang menarik perhatian ans ialah CEKODOK DURIAN... agak teruja bila ans ada bau durian dalam bilik tu mulanya. masa students mula nak goreng dan ans tanya "yang ni apa pulak?" dorang jawab "durian cikgu". ans rasa sesuatu yang baru bila ans dengar cekodok durian. hehe.
macam-macam gaya ans nampak masa tengok dorang memasak. ada yang ganas, ada yang takut dengan minyak(macam ada orang tu...) haha... bila dah siap masak, semuapun ans rasa. erm... sampai ada cikgu tegur "ans, kenyanglah kamu hari niey..."(sempat ketawa lagi lepas tu...) adehh... bukan ans pelahap semua... ans cuma rasa sikit je yang dorang buat. semua cikgu yang ada pun buat macam tu... hehe... tapi sebenarnya ans tau cikgu tu saja nak kacau ans... haha... oklah rasanyer sebab kebanyakan dorang ialah berbangsa Cina so mungkin dorang tak berapa tahu macam mana nak buat cucur... tapi ok, boleh makan... ada yang lembik sebab kurang tepung, ada yang ans tengok masa menggoreng siap cucuk-cucuk cucur tu... aduh... sampai berlubang... masa ans habiskan dengan students semua. memang aktiviti hari ni sangat santai dan semua pelajar gembira dengan apa yang dorang dah buat. seronok makan... haha
hah gambar yang bawah sekali ni tulah bentuk cekodok durian yang students ans buat... hehe



3 comments:
student dh masak utk cikgu...bila plak cikgu nk masak utk am plak.. ekekeke..tunggu jer neh taw..
sy teringat cekodok kite wat time matrx lu....
uhuuuu...
=)
am- hahaha
as-taw xpe... masa students mntak tlg ans mcm mna nak wat cekodok pisang.\, ans teringt cekodok coklat kiter dlu... hehe
Post a Comment