Join Me

Saturday, April 9, 2011

minggu yang agak sibuk...

bila bekerja mesti ada meeting itu dan ini... tak lupa juga dengan event itu dan ini... uruskan itu dan ini...minggu ke 8 ans sebagai guru pelatih kat SMK SUNGKAI, ans terlibat dengan postmoterm UJIAN RASMI 1 dan SPM 2010...kena dengar itu dan ini... macam-macam lagi... alasan kenapa students tak boleh skor dalam SPM dan UJIAN RASMI... hmm students claz ans adalah antara penyumbang terbesar yang menyebabkan peratus Matematik form 4 dalam tahap rendah. yerlah yang lulus hanya 4 orang lepas tu yang gagal tu bukan tak reti jawab tapi taknak jawab... arghhh... geram je hati bila ingat kes tu. ans ingat lagi ada yang tulis kat kertas soalan SOALAN MEMBAWA KEPADA KEGAGALAN... huaaa!!!! tapi sekarang students ans dah mula bagi kerjasama pada ans. dorang dah tak banyak bagi masalah pada ans lagi. 

lepas postmoterm pada hari selasa, hari khamis pula ada majlis perpisahan untuk guru-guru kanan yang akan berpindah sekolah beserta dengan guru-guru yang telah berpindah. ans, tugasnya iring pengetua bagi hadiah. aduhh sampai pengetua dah cam muka ans kowt memang muka hadiah. haha. majlis tu bermula dari jam 11.10 a.m sampai 2 p.m

hari jumaat pula, ans telah dipantau oleh pensyarah untuk mengajar. agak berdebarlah ans masa menunggu DR.LIM datang. ans takut students ans taknak bagi kerjasama. bila sampai kelas, ans agak kagum bila semua kecuali sorang yang bawa barang yang ans minta. wahhh... SAYANG STUDENTS 4 T2 :-) masa lecturer ans masuk students ans sempat lagi cakap "cikgu cuak... tengok tu..." saja je budak-budak ni buat ans neves lebay kan bila lecturer ada kat belakang... agak mengejutkan bila masa perbincangan dengan DR.LIM, dia cakap yang observation yang ke-3 bukan dilakukan oleh dia. lecturer lain yang akan observe. ans tertanya-tanya kenapa. lepas tu Dr.LIM cakap dia akan berpindah dari UPSI... aaa sayangnya... tapi tak apa sebab ni dah semester akhir kan. cuma ans tertanya-tanya siapa yang akan observe ans lepas ni... ahhh.. yang melegakan ans bila DR.LIM kata jangan risau tentang markah dan dia suka bila kitorang ada peningkatan dalam cara pengajaran. paling happy bila dia cakap lesson plan ans bagus... hehe.. lagi happy bila dia cakap markah yang dia bagi pada ans n jhou2... hehe... DR.LIM banyak bagi nasihat n semangat kat kitorang. THANX DR LIM CHONG HIN!!! UPSI WILL MISS YOU :-)

0 comments: