Join Me

Wednesday, August 10, 2011

impian

setiap wanita pasti ada impian... ans percaya semua ada impian untuk hidup bahagia... tapi berapa ramai lelaki kat luar sana yang cuba dan berusaha untuk memajukan diri? berapa ramai lelaki yang tak sabar-sabar nak kahwin tapi duit kat poket tak ada dan asyik nak harapkan mak ayah? ish apalah...

ans ada kenal dengan 1man dan ans nak saluuuuute dia. tau kenapa??? sebab dia berusaha untuk sediakan rumah, kereta dan keperluan lain sebelum dia kahwin. sweet kan? ans tau susah nak dapat semua tu pada lelaki. mesti rasa tertekan kalau semua perempuan nakkan dia ada rumah dan kereta sebelum kahwin. tapi agak-agaklah... buatlah perancangan dari awal. buatlah simpanan dari sekarang supaya akan datang tak susah. tak adalah sampai nak kahwin pun nak meminjam bank. bukan ans nak kutuk sape2 yer kat sini. cuma ans tak berapa suka dengan perkahwinan yang melibatkan peminjaman bank. nak kahwin pnjam bank. bukan pinjam untuk beli rumah atau kereta. tapi pinjam bank untuk kahwin. nak buat meriah-meriah... gah gitu. tak perlu... ikutlah kemampuan sendiri. yang perempuan jangan bebankan pasangan. 

kenapa ans terfikir macam niey eak??? sebab ans baru lepas berborak dengan kawan ans yang ans kagum... "I bukan taknak kawen. tapi, biarlah I kumpul-kumpul dulu... biarlah I ad rumah n kereta tak kisahlah dua ke tiga biji. janji bila I dah kawen, I dah sediakan semua untuk isteri I" sweetkan... bila ans tanya "lama lagi ke nak kumpul?". dia jawab "almost there" :-)

1 comments:

Anonymous said...

my plannnin pun nak ada rumah gak before kawen.. target by next year should be ada da!