hai semua... macam mana har korang? puasa ok? ada ponteng? pura-pura sakit? hehe... sekejap je masa berlalukan. bak kata students ans year 1 "teacher...apa dia, bila kita berjalan dia berjalan...lepas tu bila kita berhenti berjalan dia berjalan?" korang tau jawapannya? hehe jawapannya ialah MASA. hihi. dah nak sebulan kita berpuasa dan ini bermakna lagi beberapa hari kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI tanda kemenangan :-)
macam mana dengan persiapan raya korang? beraya kat mana tahun ni? kalau tanya ans, jawapannya sama seperti tahun-tahun lepas dan tak akan berubah mungkin sehingga ans berkahwin... hihihi. ans balik MELAKA. al-maklumlah semuapun asal Melaka kan. esok, kitorang akan bertolak balik kampung yang bak kata orang lain "kampung tak macam kampung sebab kat bandar". tapi sebelum balik, ans bercadang nak berbuka puasa dengan my sweetheart. lepas tu baru balik kampung dengan family
kepada korang yang setia membaca blog ans, berhati-hati dijalan raya semasa memandu atau menunggang semasa balik ke kampung untuk bercuti yer
buat pembaca blog ans, ans ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
1 comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri~!
Minta maaf kalau ada salah dan silap ye~! zahir mahupun batin~!
MII~!
Post a Comment