Join Me

Wednesday, December 21, 2011

decision = 1


korang pernah buat keputusan yang menyedihkan?
dalam hidup untuk bersama seseorang... dulu ans pernah rasa. tapi sekarang, bila semuanya di ungkai, ans tak rasa sedih pun. bila tak ditanya dengan bersungguh-sungguh kenapa ans buat keputusan macam tu. ans rasa mungkin kami sependapat yang kami tak sesuai untuk semua ni. ans tak tahu nak cakap macam mana. tapi ni lah hakikat yang ans dah lama terima dan ans dah lama bersedia. 


kebetulan ans tak sihat. demam, batuk + selsema pada hari tu. ans taknak fikir dengan lebih mendalam dengan timbulkan persoalan KENAPA?. so apa yang kami dah decide adalah jawapan untuk kami.


sekarang, ans rasa tenang. ans dah jadi seperti 6 bulan lalu dan ans dah buat keputusan. apa dia korang tak perlu tahu. yang pasti ans ok sekarang. dan ans akan sentiasa ok. lepas ni, harap bukan macam ni lagi. 

Sunday, December 4, 2011

hari bahagia

4 Disember 2011
Sungai Buloh
sangat suka datang majlis perkahwinan orang. lagi-lagi majlis kawan sendiri. hari ni ans dan family ke Sg. Buloh untuk menghadiri majlis perkahwinan kak Ilyani(kak yan). dier dah cakap dengan ans beberapa bulan lepas lagi yang dier nak kawen n siap jemput awal lagi untuk datang majlis dia. memandangkan majlis pihak perempuan berlangsung di Kelantan, so kak yan jemput untuk hadir ke majlis pihak lelaki. 


majlis dia sederhana tapi meriah. pertama kali ans tengok sweetheart kak yan. sebelum niey dengar-dengar cerita je... masa jumpa pengantin tadi baru ans dapat tengok buah hatinyer... :-)

ans tak tau apa yang ans rasa bila datang majlis perkahwinan kawan-kawan... ans rasa excited + happy dengan apa yang ans tengok. ans selalu akan tanya... "kalau aku bila pulak yer... macam mana majlis nyer... dengan siapa..."
selamat pengantin baru kak yan & abg fadzly
semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat... 

untuk RAUDAH a.k.a BABY kami... :-)


dia ialah SITI RAUDAH BATRISYAH. seorang yang manja(gedik)... sekarang dah 8 tahun. tapi xmacam 8 tahun pown...manja sangat2... 2 minggu lepas kitorang celebrate birthday dier. tapi kitorang tak bagitahu pown nak celebrate birthday dier. kali niey xda kek besar yer... cupcake sudah. dier pown bukan suka benda besar2.. nak yang kecik2 je...

lepas balik dari kerja, terus ans bersiap nak keluar dengan family.


 lepas minum petang, kitorang tengok PUSS IN BOOTS. syasya n raudah sangat excited nak tengok wayang. hari sebelumnya berbelah bahagi nak tengok HAPPY FEET atau PUSS IN BOOTS. dan akhirnya PUSS IN BOOT jugak yang bertakhta di hati. memang kelakar dan kitorang puas hati. semua orang happy tengok cerita tu... hehe


nak tau tak? raudah (ans selalu panggil BABY) niey suka dengan kartun. ans pernah tanya dia "B, nape B suke dengan JUMBO GAJAH BIRU? " " yerlah... jumbo tu hensem... sebab tu rodah suke dengan dier..." ans betul2 tak boleh tahan dengan jawapan dier... haha... then masa tengok PUSS IN BOOTS ans tanya dier "B, Puss tu hensem tak" "hurmm tak pown..." "tak hensem??? dier dengan jumbo sape lagi hensem???" "jumbo"... haha nampaknya Jumbo sangat special dihati Raudah. sampai papa sanggup belikan gajah biru disaat2 akhir sebelum bertolak balik Malaysia. puncanya bila papa n mama call syasya n raudah sementara kapal terbang belum sampai... ans takkan lupa permintaan dier dalam phone "rodah nak bisik... boleh belikan rodah gajah biru?" masa tu jugak papa carikan gajah biru untuk dier... betapa sayangnya semua rang kat raudah...

KITORANG SEMUA SAYANG RAUDAH... :-)
AMBOI...