KERJA, KERJA, KERJA lepas belajar kena kerja. tapi sebelum kerja kena jalani sesi temu duga dulu.
untuk pengetahuan semua, ans dan rakan-rakan dari UPSI telah mula ditemu duga mulai awal Februari 2012 secara berperingkat. ans pula telah ditemu duga Jumaat baru ni (24Februari2012) bertempat di kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. seawal 7.05pagi ans dah sampai depan kompleks. ans keluar dari perkarangan kompleks dalam tengah hari. lama kan...
sepanjang sesi temu duga, semuanya telah berjalan dengan lancar. soalan yang disoal tak adalah yang pelik-pelik. semuanya dapat dijawab. soalan yang disoal ialah
- perkenalkan diri bermula dengan nombor kad pengenalan, seterusnya berkenaan dengan keluarga, akademik dan ko-kurikulum
- berdasarkan kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terangkan apakah yang difahami. (merujuk kepada JERIS: jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial)
- berikan contonh set induksi dalam apa-apa tajuk dalam Matematik yang boleh menarik minat pelajar
- mengapa pentingnya mata pelajaran Sejarah
kepada rakan-rakan, semoga berjaya diterima untuk bekerja :-)

